Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Kereta Api Bawah Tanah Beijing

Kereta Api Bawah Tanah Beijing

Laluan Bawah Tanah Beijing (Cina Ringkas: 北京地铁; Cina Tradisional: 北京地鐵; pinyin: Běijīng Dìtiě) merupakan rangkaian landasan alihan laju yang beroperasi di daerah perbandaran dan sub-perbandaran di Majlis Perbandaran Beijing. Mula dibuka pada 1971, ia kini mempunyai 13 laluan, meliputi 336 km bagi laluan trek dan 172 stesen[1] kini dalam pengoperasian dan dapat menampung sekurang-kurangnya 3.4 juta sehari,[2] Laluan Bawah Tanah Beijing ialah yang tersibuk di tanah besar China, dan kedua terpanjang selepas Laluan Bawah Tanah Shanghai. Seramai 6.4 juta penumpang direkodkan pada 30 April 2010.[3] Walaupun berkembang pesat, rangkaian ini tidak memadai bagi memenuhi keperluan transit massa di bandar raya dan sedang berada dalam projek penambahan landasan bagi masa depan. Pelan yang dirancang membuka peluang kepada lebih 7 lagi lorong dan sehingga 700 km laluan trek dalam pengoperasiannya pada 2015.[4]Terbaru pada 30 Disember 2010, Laluan 15, Laluan Changping, Laluan Fangshan, Laluan Yizhuang dan Laluan Daxing dibuka untuk operasi.[5] Penambahan 108 km (67 bt) landasan, peningkatan hampir 50%, menjadikan Laluan Bawah Tanah Beijing metro keempat terpanjang di dunia, di belakang Shanghai, London dan New York City.

Kereta Api Bawah Tanah Beijing

Panjang sistem 336 km (209 batu)
Jumlah stesen 172 (stesen dihubungkan dengan persimpangan secara selari)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) (tolok piawai)
Lokasi Beijing
Laman sesawang www.bjsubway.com
Jenis transit Alihan laju
Peta sistem
Peta sistem

Jumlah laluan/aliran 14
Pengendali Beijing Mass Transit Railway Operation Corp. Ltd
Beijing MTR Corp. Ltd.
Bil. penumpang harian sekitar 6.4 juta (puncak pada 2010)
Mula beroperasi Oktober 1969

Rujukan

WikiPedia: Kereta Api Bawah Tanah Beijing http://www.china.com.cn/tech/txt/2008-05/29/conten... http://www.chinadaily.com.cn/usa/2010-12/31/conten... http://www.chinanews.com.cn/auto/2010/12-30/275816... http://www.beijingtraveltips.com/tips/subway_1/sub... http://www.bjsubway.com http://www.bjsubway.com/ http://www.enjoysubway.com/mem/share/index.php?cat... http://english.qianlong.com/article.jsp?oid=536026... http://www.thebeijingguide.com/subway/subway.html http://news.xinhuanet.com/society/2010-05/01/c_126...